Monday, August 16, 2010

Kursus Bahasa Arab


BAHASA ARAB: KURSUS INTEGRASI QUR’AN-HADIS-ARAB: MODUL SATU



Buku Rujukan Percuma: KAEDAH-KAEDAH TASRIFBAHASA ARAB (peringkat Asas) (Oleh: Al-Ustaz Dr. Badri Najib)

Modul Terbaru

5 bulan = 40 jam

KURSUS INTEGRASI QUR’AN-HADIS-ARAB:MODUL SATU

3 dalam 1

(Al-Quran-Al-Hadis-Bahasa Arab)

Oleh

Pensyarah dan pendidik berpengalaman bidang Bahasa Arab untuk semua peringkat

Dr. Badri Najib bin Zubir

Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Konsep kursus:

Peserta-peserta kursus akan mempelajari petikan-petikan terpilih daripada al-Qur’an dan hadis dari segi kefahaman maksud, dan seterusnya mempelajari asas-asas bahasa Arab melalui analisis terhadap teks yang dipelajari dan aplikasi pola ayat yang diperolehi daripada teks tersebut.

Manfaat-manfaat:

i. Memahami 12 surah al-Qur’an dan 40 hadis pilihan daripada kitab Riyad al-Salihin karangan Imam al-Nawawi

ii. Mampu memberi penerangan mengenai maksud dan pengajaran yang berkaitan dengan teks Qur’an dan hadis yang dipelajari

iii. Memperolehi kemahiran asas pemahaman yang membolehkan mereka memahami teks-teks Arab yang mudah

iv. Mampu menggunakan kamus sebagai alat bantuan pemahaman

v. Mampu menggubah perkataan-perkataan yang dipelajari kepada pelbagai bentuk

vi. Menguasai teknik ‘leveraging’ untuk memperbanyakkan jumlah kosa kata (vocabulary) yang difahami, iaitu sekurang-kurangnya 5 perkataan bagi setiap perkataan Arab yang dipelajari.

Sasaran peserta-peserta:

Orang ramai yang berminat mempelajari bahasa Arab dengan berintegrasikan pengajian teks al-Qur’an dan hadis, termasuk:

  • · Golongan dewasa yang bekerja dan kesuntukan masa;
  • · Suri rumah yang berminat dengan bahasa Arab;
  • · Pelajar-pelajar sekolah menengah yang mengambil subjekBahasa Arab dan ingin memantapkan kecekapan mereka.

Pra-syarat Peserta:

Peserta hendaklah mampu membaca al-Qur’an dengan lancar dan teks-teks Arab yang berbaris.

Biodata Pengajar:

Dr. Badri Najib berkelulusan PhD dalam Bahasa Arab yang diperolehinya dalam tahun 1999. Sebelum itu, beliau menuntut di Universiti Al-Azhar dan mendapat ijazah BA Bahasa Arab pada tahun 1992.

Beliau telah bekerja di UIAM sejak tahun 1993. Dr.Badri juga aktif dalam penulisan dan kajian di UIAM dan terlibat dengan perundingan dan editorial di dalam dan luar Negara.

Lokasi: UIAM, Gombak

PANDUAN PENGGUNAAN BUKU

· Pembaca dinasihatkan supaya membaca keseluruhan buku ini secara teratur, iaitu dengan membaca pelajaran-pelajaran yang disajikan satu persatu mengikut susunan di dalam buku. Ini kerana setiap pelajaran bergantung kepada kefahaman terhadap pelajaran yang terdahulu. Di samping itu, pelajaran yang terkemudian sering mengandungi istilah-istilah yang dijelaskan dalam pelajaran-pelajaran yang lebih awal. Oleh itu, pastikan anda memahami sepenuhnya sesuatu pelajaran sebelum berpindah ke pelajaran berikutnya.

· Setelah tamat membaca kesemua pelajaran, pembaca bolehlah mengulang bacaan pada bahagian-bahagian yang tertentu bagi tujuan memperkemaskan kefahaman atau ingatan terhadap konsep atau kaedah.

· Contoh-contoh perkataan yang diberikan dalam sesuatu pelajaran adakalanya diterjemahkan terus di dalam pelajaran itu, terutamanya apabila ia digunakan dalam ayat. Bagi perkataan-perkataan yang tidak diterjemahkan, pembaca boleh merujuk maknanya di bahagian Glosari.


Lihat: http://ilssb.com/promo_file/pdf/uiim%20-list.pdf

بسم الله الرحمن الرحيم


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat Datang ke Al-Janan, pelanggan-pelanggan yang dihormati.

Blog ini telah dibina untuk mempermudahkan komunikasi sesama kita. Antara tujuan utama blog ini adalah untuk::
1) Menghebahkan maklumat-maklumat terkini kepada pelanggan-pelanggan setia
dengan lebih cepat;
2) Sebagai wadah merapatkan ukhuwwah sesama muslim;
3) Sebagai salah satu saluran untuk pelanggan-pelanggan berinteraksi dengan
al-Janan berkongsi pendapat dan pengalaman.

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh al-Janan meliputi:
  • Ceramah motivasi
  • Kursus motivasi
  • Kursus, Seminar dan Bengkel - Bahasa Arab, Inggeris, Teknologi Maklumat,
  • Kewangan, Perakaunan, Pentadbiran dll
  • Pengurusan majlis seperti persidangan, kursus, bengkel, seminar dll
  • Penyelidikan dan Pembinaan - ICT, Agama, Bahasa dll
  • Khidmat perundingan
  • Perkhidmatan ICT
  • Perkhidmatan bookkeeping
  • Pelancongan dalam dan luar negara
  • Kem bina insan dan motivasi pelajar
  • Pembinaan pasukan (Team building)

Hubungi kami di: 03-6142 1449 / 017-2420972
Emel: info@alkhwarism.com

Terima kasih dan wassalam.